Life after SPM - what to expect and what to do.
Hi, and Assalamualaikum. Ini post pertama aku dekat blog ni. Mainly aku dengan member aku fikir nak establish blog with the purpose untuk give insight for the future - tapi kitorang buat blog asing asing since pengalaman kitorang berbeza. By the time aku tulis ni, dia still tak buat blog lagi. Tapi aku harap dia buat la, nak jugak baca pengalaman hidup dia, hehe.
Kepada sesiapa yang fikir ah, malas la nak sambung belajar - please la sambung belajar. Masuk Giat MARA pun jadilaaa. Yang penting bila korang dapat sijil, korang ada macam qualification tau. Bila ada qualification, korang nak lompat kerja senang. Contoh, budak yang ada SPM je, kalau dia dah ada gaji around 2.5k, and then dia berhenti kerja dan mohon kerja tempat lain, dia akan start with basic 1.5k balik. Tapi untuk yang ada sijil, bila korang berhenti dari kerja yang korang dapat gaji 2.5k, and pergi mohon tempat lain, korang mungkin dapat 3k sebab korang ada qualifications dan pengalaman.
Okay, let's go to the main point.
Life after SPM, what to expect and what to do?
Korang akan dengar yang SPM ni kunci kehidupan, kalau tak lulus SPM tak boleh pergi mana mana, bla bla bla. Mesti muak en. SPM ni penting, betul, tapi tak de la to the point kalau gagal SPM korang terus hidup bawah jambatan tepi sungai. Korang masih boleh teruskan pelajaran, cuma agak susah dan peluang agak tipis - contoh kalau dapat program matriks, mungkin dapat yang 2 tahun program punya instead of 1 tahun.
Kalau korang jenis tak de goals, like, tak tau nak sambung apa, tak de minat - advice aku ialah untuk ensure yang korang punya SPM result okay. C is the minimum la. Sebab once korang dah ada benda yang korang minat, korang boleh terus apply. Tak perlu nak go through the hard way. And please please please do research on the tertiary education. Ramai yang tak tahu Kolej Komuniti wujud, and Kolej Komuniti offer lots of sijil, macam kulinari, pastri, automotif, etc. Ramai jugak tak tau kewujudan ADTEC, yang offer diploma for mechanical things macam wiring, welding, etc. Kat bawah ni aku listkan secara roughly untuk bagi korang idea nak sambung belajar apa.
1. Universiti Awam [Diploma atau Asasi] - UiTM ada offer banyak courses, from banking, pengurusan maklumat, masscom, science, engineering. Kepada yang nak apply science / UiTM, aku akan specify pasal benda ni in the next post or korang boleh click label Life Tips tu. Kalau korang interested untuk masuk UM, USM, UKM, UTP, korang kena apply diploma or study tempat lain dulu before masuk situ sebab dorang amik budak degree je, tak silap aku la.

2. Form 6 [STPM] - STPM ni lebih kurang uni jugak, cuma dia banyak kerja kursus. Pening gak ah, sebab dia style macam sekolah and jadual pack nak mampus (tbh uni pun jadual pack, cuma kalau student diploma in accounting boleh susun susun jadual ikut korang. Budak sains? Mimpi jela nak susun jadual, korang memang 8-4. RIP). Form 6 ni setahun setengah. Korang jangan tertipu pulak, walaupun dorang momokkan STPM ni susah, semua taraf pengajian susah sebenarnya. Diploma tak sesenang yang korang sangkakan okay. Everything ada kesusahan dia sendiri.
3. Matrikulasi - Matriks paling ulung is KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang). Advisable kalau dapat Form 6, pergi Form 6 instead of matriks. Matriks lagi macam sekolah, dengan hangout alternate between minggu (minggu ni lelaki hangout, minggu depan perempuan hangout), rambut tak boleh panjang, etc etc (ni time zaman aku belajar la, aku tak tahu la kalau time sekarang macam mana). And matriks tersangat different dengan uni punya style ya. Banyak yang mengalami kejutan budaya bila sambung degree, and mostly lecturer degree kurang gemar dengan budak matriks bila time lab sebab bila masuk degree, lecturer expect kau dah ada basis of things yang macam budak diploma. Tapi kalau korang choose matriks pun, okay je. Aku akan specify things in the next next post or boleh click dekat guides label tu on what to do bila masuk degree, so korang takkan lost dan lecturer pun sayang korang (ceh tiber)
4. ADTEC / IKBN / POLI / Kolej Komuniti - Yang ni more focused on teknikal punya learning. Korang boleh choose untuk dapatkan Sijil, ataupun Diploma. Kalau kolej komuniti, sijil 2 tahun, diploma 3 tahun. Banyak kursus yang ditawarkan, like pastri, kulinari, automotif, engineering, photography.
5. Kolej berkaitan MARA: KPTM (Kolej Polytech Mara), KPM (Kolej Professional Mara), Giat MARA. KPTM dengan KPM lebih kepada akademik, dan Giat MARA lebih kepada teknikal macam elektrikal, jahitan, kulinari. Mostly Giat MARA lebih kepada Sijil, and tempoh belajar dia pendek pendek je. 6 bulan ada, 3 bulan ada.
5. Kolej berkaitan MARA: KPTM (Kolej Polytech Mara), KPM (Kolej Professional Mara), Giat MARA. KPTM dengan KPM lebih kepada akademik, dan Giat MARA lebih kepada teknikal macam elektrikal, jahitan, kulinari. Mostly Giat MARA lebih kepada Sijil, and tempoh belajar dia pendek pendek je. 6 bulan ada, 3 bulan ada.
Kepada sesiapa yang fikir ah, malas la nak sambung belajar - please la sambung belajar. Masuk Giat MARA pun jadilaaa. Yang penting bila korang dapat sijil, korang ada macam qualification tau. Bila ada qualification, korang nak lompat kerja senang. Contoh, budak yang ada SPM je, kalau dia dah ada gaji around 2.5k, and then dia berhenti kerja dan mohon kerja tempat lain, dia akan start with basic 1.5k balik. Tapi untuk yang ada sijil, bila korang berhenti dari kerja yang korang dapat gaji 2.5k, and pergi mohon tempat lain, korang mungkin dapat 3k sebab korang ada qualifications dan pengalaman.
Jangan goyah dengan orang lain yang mungkin kerja terus lepas SPM and tak sambung belajar lepastu show off dia punya kemewahan dekat media sosial. Kita buat lek je. Tapi jangan tak kerja pulak lepas SPM, kerja part time la sementara tunggu result tu sebab part time kerja tu boleh letak dalam resume. Ha, tak ke untung korang. Dah ada pengalaman kerja part time, pastu ada sijil / diploma pulak. Dorang cuma ada kerja je...
Ingat, darjat kita ditinggikan berdasarkan ilmu, dan bukan berdasarkan wang yang kita ada. Ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk.
Ingat, darjat kita ditinggikan berdasarkan ilmu, dan bukan berdasarkan wang yang kita ada. Ikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk.
And oh ya. Kepada pelajar SPM science stream, tak apa gagal addmath. Aku gagal gak. Tapi alhamdulillah sambung sains and currently tengah buat degree in forensic. Doakan aku habis degree ni dengan cemerlang kay!
Itu je kut untuk first post ni. Kalau ada soalan, komen je. Insyaallah ada masa aku reply. Selamat maju jaya!
Itu je kut untuk first post ni. Kalau ada soalan, komen je. Insyaallah ada masa aku reply. Selamat maju jaya!
Comments
Post a Comment