UiTM - What are carry marks, grade, dean list and ANC?
Untuk post kalini, aku akan explain apa itu carry marks, grade, dean list dan ANC untuk UiTM.
Carry marks ni, markah assessment yang korang dah buat before final. Korang kena alert dengan lesson plan korang, biasanya first week lecturer akan explain silibus yang korang akan belajar and also berapa peratus markah assessment dan berapa peratus markah final. Contohnya macam ni:
So kata kan la test korang dapat 15%, assignment dapat 12%, lab report dapat 12%; total carrymark korang is 39% / 60%. Markah lulus untuk UiTM is 50%, which is pointer 2.00. Kalau rendah, korang akan repeat paper. Kalau lebih dari tiga kali repeat paper yang sama, korang akan dibuang dari UiTM. Aku tak sure yang gred kat bawah masih applicable ke tak, tapi tbh aku pun tak tau markah aku total berapa sebab lecturer takkan release 100% full marks. Tapi anggaran dia lebih kurang macam kat bawah la.
Ha untuk nilai gred, macam kat atas. Kalau dapat A, dengan A+ dapat la 4. Kalau semua subjek dapat 4, dapat la 4 flat. So far aku tak pernah lagi la dapat 4 flat, 3.95 pernah la. Tapi member aku yang sorang tu otak geliga betul, every sem dapat 4 flat. Dean list setiap sem. Untuk dapat dean list, korang kena score pointer 3.5 ke atas. Kalau dean list setiap sem, dapat la pakai selempang pink time convo, as penerima Anugerah Naib Canselor (ANC).
Itu je kut untuk kalini. Aku doakan korang yang sambung belajar ni, semuanya urusan dipermudahkan. Jangan terlampau nak kejar ANC sampai korang put your mental health at stake pulak. Work life balance tu wajib ya. Korang sambil belajar, sambil explore dunia universiti ni, and create memories dengan kawan kawan korang, sebab once habis je diploma, korang takkan jumpa orang yang sama waktu degree.
Kalau jumpa pun, orang tu takkan sama macam time diploma. Percaya la cakap aku. This is based on pengalaman sendiri, and pengalaman senior senior aku.
Kalau ada soalan, just drop kat comment kay!
Comments
Post a Comment