Life in dorm / kolej - what to bring and what to not?

As first timer, mesti korang rasa macam nak angkut bilik tu bawak sekali ngn korang en. Don't worry, aku pun rasa cam nak angkut sekali katil semua tu sebab senang tak yah fikir apa yang tertinggal dah. Tapi tu la kita tak de doraemon macam nobita untuk angkut bilik tu, so here's suggestion on apa yang korang perlu bawak. Aku pecahkan for barang for interim (untuk UiTM) dengan barang untuk kolej

For interim (UiTM)

1. Sijil lahir, Sijil berhenti sekolah, salinan slip SPM ataupun slip ori, Salinan slip gaji ibu bapa (bawak je. please. sometimes dia mintak, sometimes tak), and segala dokumen yang dia ada tulis kat list tu.

2. Tudung bawal. Wajib bawak tudung bawal sebab sepanjang interim, korang kena pakai tudung bawal 3 pin ke bawah. Ini masa interim je, lepas interim ikut suka korang nak pakai tudung macam style apa

2. Tudung putih bawal, baju kurung putih, kain hitam / berwarna gelap untuk perempuan, kemeja putih, seluar slack hitam untuk lelaki (korang akan pakai hari terakhir MDS nanti)

For Kolej / dorm life

1. Electrical appliances: Iron, electric kettle, multicooker yang style macam pan tu. Jangan bawak rice cooker, boleh trip satu bangunan. And tak dibenarkan bawak extension ya. Sebab ada satu time tu, orang tu guna extension habis satu bangunan bergelap. Power trip. Jangan lupa bawak segala charger, phone charger, laptop charger etc. Wajib bawak study lamp, sebab nanti kalau korang nak study tengah malam, boleh pakai lampu study lamp je. Kipas bawak sebab memang panas. Portable kipas tu, hand fan or cam clippable tu would do.

2. Baju, seluar, etc: untuk UiTM, wajib pakai baju kurung / baju kemeja hari Isnin. Jumaat boleh pakai baju kurung / jubah / baju melayu / kurta. Kalau untuk perempuan, aku suggest bawak dalam 6 pasang je baju kurung. Tak perlu lebih lebih. Baju untuk pakai pergi kelas dan hari hari anggarkan dalam 14 pasang pergi kelas dan 14 pasang untuk pakai hari-hari. Ini pun dah banyak sebenarnya. Tapi nanti bila korang dah biasa, korang dah boleh agak dah nak bawak baju apa semua. Aku currently bawak 10 helai baju biasa, 10 helai baju pergi kelas, 6 pasang baju kurung dengan 1 jubah. Itupun kadang tak terpakai sebab malas nak gosok hahahaha. And locker korang kecik, so tak yah bawak banyak sangat. Seluar wajib slack hitam ataupun similar dengan slack (Forest ada yang tracksuit style slack,yang tu pun okay). Tak dibenarkan pakai jeans ya, tapi kalau korang nak pakai jugak jeans, cari jeans yang bukan rip style ataupun jeans yang bukan style singkat. Tapi kalau pakai kena kompaun, nasibla ya.

3. Kasut / selipar: Kasut sukan wajib. Wajib. Sebab korang akan berjalan jauh, and kasut paling selesa ialah kasut sukan. Other than that, kasut formal untuk pakai hari Isnin dan majlis formal, bawak laa sepasang kasut jalan jalan, dan selipar flipper tu untuk korang pakai pergi tandas and pergi kafe beli makanan ke.

4. Barang tidur: Bantal bawak la secukupnya, selimut, cadar.

5. Barang barang lain: Baldi or laundry basket, (advisable baldi, so kalau tak de air boleh tampung air dalam baldi, ikut sukahati korang) tempat letak sabun (berus gigi, ubat gigi, shampoo segala) macam small baldi ke, boleh tengok kat DIY, cloth hooks, kalau nak bawak organizer pun boleh tapi better korang beli organizer after tengok korang punya bilik macam mana.

6. Barang untuk belajar: Tape (Double sided, tape biasa, masking tape), stapler, gunting, gam, pen, highlighter, pembaris, pemadam, calculator, hole puncher, binder, file, buku nota (dalam 6-7), book stopper, kertas A4, kertas kajang (ni guna untuk test or jawab quiz nanti), digalakkan bawak printer tapi kalau tak bawak pun ada je printing services in the UiTM and also in the kolej itself. Sebab meja belajar korang kecik je so kalau bawak banyak barang, susah. Please bawak earphone atau headphone (yang ni sebenarnya under other categories tapi ada certain test require korang guna earphone, so better bawak)

7. Makanan / minuman: Biskut, maggi, milo sachet, nescafe sachet, nestum. Ni untuk korang makan waktu kritikal dan waktu tengah malam sebab kafe biasa tutup pukul 10. Bawak la jajan ke apa yang korang suka. Kalau nak memasak, boleh beli barang yang kering kering tu and tolong simpan elok elok sebab takut tikus ke lipas ke... oh and air mineral is crucial. Please beli satu tong besar tu terus. Kalau beli yang jenis botol 500 mL tu pun okay gak beli satu carton, boleh letak bawah katil.

Aku rasa itu je kut so far? Let me know if you guys ada soalan! Selamat menempuhi era kehidupan yang baru!

Comments

Popular posts from this blog

Life after SPM - what to expect and what to do.

UiTM - What are carry marks, grade, dean list and ANC?